Di sini kita sama-sama belajar mencari kebahagiaan dunia dan akhirat....

cuba untuk belajar mencari kelemahan diri...

hijri date

Terima Kasih Daun Keladi

Search

Powered by Blogger.

Friday 16 March 2012

seorang isteri, ibu dan pelajar..

sudah lama tidak menulis...hari ini menurut kata hati yang sedang bercelaru dengan kerja-kerja sebagai pelajar pasca siswazah dan tugas hakiki sebagai ibu kepada dua puteri dan dua putera...bukan senang hendak memikul dua tanggungjawab...tidak termasuk lagi tanggungjawab sebagai isteri...mendidik anak sekarang tidak sama seperti saya dibesarkan dulu...anak-anak zaman ini lebih menuntut kesabaran yang paling tinggi dari seorang ibu...kadang-kadang rasa diri ini terlalu mendesak anak-anak..tetapi jika tidak terasa takut jika anak-anak akan tersalah jalan..mohon restumu ya Rabb, aku cuba untuk menjadi ibu, isteri dan pelajar yang terbaik untuk diri ini,mohon Engkau permudahkan segala urusan ku ini - Amin

Thursday 8 December 2011

gi tengok Ombak Rindu...

Jarang dah sebenarnya gi tengok wang ni kalau compare dengan waktu anak dara dulu-dulu...memang kaki wayang... Tengok wayang pun depends kat citer dan siapa yang berlakun kecuali kalau citer budak-budak atas dasar nak teman anak-anak...tupun dah lama tak pegi sebab kesibukan masa nak menyiapkan thesis nie...

Dah lama nak tengok Ombak Rindu ni...sebabnyer nak tengok aaron aziz berlakon...ni penangan citer nora elenalah nie...terus terminat kat dia...padahal zaman minat-meminat nie dah lama berlalu dah..besor tul impak pelakon singapura ni pada kiter hihii......

Citer Ombak rindu ni keseluruhannya ok. cuma rasa macam ada yang tak kena ckit..mungkin dalam dialog ke plot citer yang pendek-pendek ke...lakonan aaron x leh nak sangkallah macam tengok seth tan ngan abang long dalam citer ni kejap jahat giler lepas tu jadi romantik giler...masa ngan izzah dia garang giler..mungkin sebab pada dia izza tu mistress so x leh nak lyn baik-baik..tp bile ngan miler siap kena tengking lagi hahaha...tu yang kelako giler tu...maya karin lakonan dia amat mantap dan berjaya membawakan watak izzah tu dengan teramat baiknyer..lisa...ehmmm biase jer...macam tengok citer adam dan hawa...cumer biler bab dia meroyan tu jadilah jgak...

paling best ialah scenary dan sound track dia amatlah sedap dan merundung perasaan tu yang buat tiba-tiba air mata meleleh...basah tudung ...huhuhu...

tapi byk gak adengan yang mula-mula nak sedih tiba-tiba jer jadi kelakar...watak bront menjadi walaupun macam pak lawak dalam citer nie...but he a great actor...

penghayatan watak oleh aaron dan maya disokong oleh lagu latar yang teramatlah best oleh hafiz dan adira serta latarbelakang citer yang amat cantik memang menutup segala kelemahan citer ni...so sesape yang tak tengok boleh ler tengok citer nie...x rugi pasti meleleh...

Monday 5 December 2011

sedang mencuba menjadi seorang isteri dan ibu solehah...


Mentaati Perintah Suami

Isteri yang mentaati suami dengan cara yang baik, menuruti perintah macam apa pun, kecuali jika suami memerintahkannya kepada kederhakaan. Jika apa yang diperintahkan suami tidak sesuai dengan keinginannya, maka dia menunggu kesempatan yang tepat dan memungkinkan untuk membuat suaminya berkenan, dengan yang adil, tidak dengan cara membantah, tidak membangkang, apalagi bertengkar sehingga terpaksa menerima pendapatnya. Sebab suamilah yang berhak menjadi pemimpin di dalam rumahtangga, sesuai dengan apa yang dianugerahkan Allah. Jadi keputusan perlu ada di tangan suami. Andaikata isteri menghadapi suami dengan lapang dada dan dia sudah mengetahui bahawa suamilah yang menjadi pemimpin di dalam rumah dan perintahnya perlu ditaati, maka tidak ada buruknya jika dia meminta kepada suaminya untuk bersikap adil dalam setiap keputusannya, yang tentu sahaja permintaannya ini mesti disertai dengan alasan yang boleh diterima. Sebab apa pun yang ada pada dirinya adalah milik suaminya dan dia perlu sependapat dengan suaminya. Dengan cara ini segala urusan akan dapat berjalan lancar, tanpa ada masalah yang menyekat kebahagiaannya.

Berasa Senang Apabila Suami Memandangnya

Isteri solehah adalah isteri yang membuat suaminya senang apabila dia memandang dirinya. Tidak ada yang dilihat si suami melainkan membuat dadanya lapang dan senang. Dia menguntumkan dengan seulas senyuman yang menawan dan pandangan yang memancarkan rasa cinta, kasih sayang dan kelembutan. Dia sedap dipandang, mengenakan pakaian yang rapi dan harum semerbak baunya. Setiap kali si suami memandangnya dalam keadaan seperti itu, tentu hatinya akan berbunga-bunga, sehingga dia merasakan seakan-akan ditangannya ada hadiah sangat berharga yang diberikan Allah kepadanya, sehingga dia akan sentiasa menjaga hadiah itu dan tidak mahu ia lepas dari tangannya. Dengan begitu suami tidak akan memandang kepada hal-hal yang diharamkan Allah, tidak berusaha lari rumah, untuk mencari kesenangan dan kebahagiaan di luar rumahnya. Sebab isterinya telah menyediakan iklim kehidupan yang nyaman untuk didiami, setelah si suami bersusah payah sepanjang hari mencari sesuap kehidupan. Dengan cara ini bererti isteri telah membuat Rabbnya redha, membahagiakan suami, mendapat limpahan rasa cinta dan perhatiannya. 

Penuh Kasih Sayang Dan Memerhatikan Suaminya

Isteri solehah adalah isteri yang mengasihi suami, membuatnya redha, melakukan segala sesuatu yang disukainya dan menghindari apa-apa yang dibencinya, sehingga suami melihat pada dirinya apa yang disukainya, merasakan apa yang menyenangkannya dan mendengar darinya apa-apa yang diredhainya. 
Jika suami tidak mendapatkan di dalam rumahnya seorang isteri yang lemah lembut, penuh kasih sayang, selalu berkeadaan bersih, mengukir senyuman, tidak mendengar perkataan yang baik, tidak mendapatkan cinta yang tulus, akhlak Islam yang mulia dan tangan yang menjulurkan cinta, lalu dimanakah dia harus mendapatkan semua itu?

Menolong Suami Dalam Urusan Agama Dan Dunia

Isteri solehah adalah isteri yang sentiasa mendorong suaminya kepada hal-hal yang baik dalam urusan agama dan dunia, menganjurkannya supaya berpegang kepada syariat Islam, sama ada yang fardhu mahupun yang sunat, mendorongnya untuk melakukan segala sesuatu yang dapat mendekatkan diri kepada Allah, seperti silaturrahim dan berbakti kepada kedua orang tua dan menjauhkannya dari hal-hal yang dibenci ALlah. Dia harus selalu ingat bahawa dia akan menjadi ibu bagi anak-anaknya, yang di kemudian hari mereka akan menjadi dewasa dan menikah serta berbakti kepadanya. Dia juga perlu mengingatkan suaminya tentang sebuah hadis sahih yang bermaksud:
"Berbaktilah kepada bapa-bapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan berbakti kepada kamu."

Dia juga perlu menjalin hubungan dengan keluarga suaminya, agar memperoleh keredhaan Allah dan keredhaan suami, iaitu ketika suami melihatnya menjalin hubungan dengan keluarganya. Maksudnya ialah agar dengan cara ini tidak wujud perselisihan antara dirinya dan keluarga suaminya seperti yang sering terjadi pada masa sekarang. 
Isteri solehah juga perlu menganjurkan suaminya untuk menjauhi mata pencarian yang haram. Para isteri orang-orang salaf yagn solehah biasa mengatakan kepada suaminya yang hendak pergi untuk bekerja, "bertakwalah kepada Allah dan janganlah engkau memberi makan kami dengan sesuatu yang haram. Sesungguhnya kami masih boleh sabar menghadapi rasa lapar dan kami tidak boleh bersabar menerima panasnya api neraka."
Isteri solehah juga menganjurkan suaminya untuk bangun malam dan juga menyertainya dalam solat itu, agar rahmat Allah turun kepada mereka, sebagaimana yang disabdakan Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Allah merahmati seorang lelaki yang bangun dari sebahagian malam lalu mendirikan solat, dan membangunkan isterinya. Jika isterinya enggan bangun, dia akan memercikkan air ke wajahnya. Dan ALlah merahmati seorang wanita yang bangun dari sebahagian malam lalu mendirikan solat dan membangunkan suaminya. Jika suaminya enggan bangun, maka dia akan memercikkan air ke wajahnya." (Riwayat Ahmad dan Abu Darda)

Sokongan seorang isteri terhadap suami dalam urusan agama ialah dengan cara mengatur dan menjaga harta suaminya, tidak menuntut kecuali apa yang diperlukannya, tidak membelanjakan kecuali menurut apa yang diperintahkan suami. 

Seorang isteri bertanggungjawab terhadap pengeluaran harta suami bukan pada jalan kebaikan. Sebab dia bertugas mengatur semua urusan rumahtangga. Harta yang melimpah bukan bererti tidak perlu ada pengurusan. Sebab tanpa ada pengurusan, kehidupan rumahtangga menjadi kacau bilau dan runtuh. Isteri yang pemboros merupakan musuh bagi dirinya sendiri dan menjadi bencana bagi suaminya. Dengan tangannya dia akan menghabiskan harta suami. Berapa ramai isteri yang menghancurkan rumahtangganya kerana tidak pandai mengurus kewangan dan berapa ramai pula isteri yang mampu menegakkan kehidupan rumahtangganya kerana dia pandai mengatur kewangan. 
Selagi suami melihat isterinya bersikap ekonomis, pandai mengatur kewangan dan menjaga hartanya, nescaya kecintaannya akan semakin bertambah, begitu pula kepercayaannya. Sehingga suami akan menyerahkan semua harta ke tangannya dan memberinya kebebasan untuk mengaturnya. Si suami percaya bahawa dia tidak akan membawa hartanya kepada kehancuran. Malahan boleh jadi dia justeru mengembangkannya. Menerusi kepercayaan ini akan tercipta kehidupan rumahtangga yang bahagia, jauh dari berbagai masalah kewangan, seperti yang sering kali kita dengarkan, yang disebabkan oleh cara pengurusannya yang kurang baik dari pihak isteri.

dipetik dari BAGAIMANA MENJADI ISTERI SOLEHAH DAN IBU YANG BERJAYA karangan Ummu Ibrahim Ilham Muhammad Ibrahim

Sunday 4 December 2011

My Lovely family member.....ehem....




Nurul Aina Fatihah, Muhammad Aiman,Muhammad Farhan and Nurul Afiqah



Me and Mr Hubby, Zamri


Bibiq Anis


Family....


tanpa mereka, tiada makna hidup ni.....
love my kids so much walaupun nakal....

first time berblogging.....